Monday, 12 October 2020

PKPB seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 14 Oktober 2020

SHAH ALAM, 12 OKT: Seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKPB) bermula jam 12.01 tengah malam, 14 Oktober.


Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini berkata arahan tersebut berkuat kuasa hingga 27 Oktober.


“Selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku, seperti di Klang di Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan dearah-daerah lain.


“Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus merebak, sidang khas Majlis Keselamatan Negara hari ini bersetuju untuk melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam, 14 hingga 27 Oktober,” katanya.


BERITA LANJUT MENYUSUL


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon