Tuesday, 6 October 2020

PKPB: 122 sekolah ditutup hari ini

PUTRAJAYA: Sebanyak 122 sekolah harian di bawah Kementerian Pendidikan di dalam tiga daerah di Sabah berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan ditutup bermula hari ini.


Kementerian dalam kenyataan berkata, penutupan sekolah itu dilaksanakan sehari lebih awal daripada tarikh penguatkuasaan PKPB yang akan bermula Rabu ini melibatkan 86 sekolah rendah, 25 sekolah menengah dan 11 sekolah swasta.


Katanya, sekolah di luar kawasan PKPB selain dari daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Putatan akan beroperasi seperti biasa.


“Kementerian menyedari kekhuatiran ibu bapa dan warga sekolah berkaitan keadaan semasa penularan wabak Covid-19.


“Dalam hal ini kementerian sentiasa memantau situasi di seluruh negara serta sentiasa bekerjasama rapat dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan dalam melakukan yang terbaik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan warga sekolah adalah terpelihara,” katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon