Wednesday, 21 October 2020

Murid pendidikan khas positif COVID-19, kontak rapat dikenal pasti

NIBONG TEBAL: Guru dan murid yang menjadi kontak rapat kepada kes positif COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Seri Sentosa (SK Seri Sentosa) Jalan Victoria dekat sini, semalam sudah dikenal pasti dengan sebahagian mereka juga sudah menjalani ujian saringan COVID-19.


Murid yang positif itu dipercayai belajar di kelas pendidikan khas di sekolah berkenaan.


Pejabat Pendidikan Negeri sudah mengambil pendekatan segera dengan mengenal pasti kontak rapat untuk tindakan lanjut oleh Kementerian Kesihatan.


Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri, Abdul Rashid Abdul Samad, berkata sehingga kini pihaknya masih tidak dapat mengenal pasti bagaimana murid itu mendapat jangkitan.


"Bagaimanapun, hal itu sudah diserahkan kepada pihak berkuasa dan keadaan terkawal," katanya.


Abdul Rashid berkata, sekolah itu mempunyai seramai 498 murid dan 57 guru, namun beliau tidak dapat mengesahkan berapa ramai yang sudah menjalani ujian saringan.


Abdul Rashid menasihatkan murid, pelajar dan ibu bapa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) setiap masa untuk memutuskan rantaian jangkitan sementara operasi sanitasi akan dibuat ketika sekolah ditutup.


Semalam, Jabatan pendidikan negeri mengarahkan SK Seri Sentosa ditutup seminggu bermula semalam susulan pengesanan satu kes positif COVID-19 membabitkan seorang muridnya.


Sebelum ini pada 1 Oktober, SK Janggus di Penaga, Kepala Batas ditutup selama lapan hari selepas seorang guru disahkan positif.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon