Monday, 5 October 2020

Dua murid bertinju ditahan selepas video tular

SEREMBAN - Polis menahan dua murid lelaki sebuah sekolah menengah di sini selepas menerima laporan mengenai satu rakaman video yang memaparkan pergaduhan antara murid yang menjadi tular di media sosial semalam.


Ketua Polis daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan polis susulan kejadian itu daripada seorang guru pada jam 11.28 pagi semalam.


"Dua murid berumur 14 tahun ditahan pada hari yang sama dan kedua-dua mereka dibebaskan dengan jaminan polis pada sebelah petangnya.


“Siasatan mendapati kejadian berlaku pada 30 September lalu iaitu selepas waktu sesi persekolahan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Beliau berkata, kes itu sedang disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan. Terdahulu tular satu video melalui aplikasi WhatsApp yang berdurasi 30 minit memaparkan seorang pelajar dipukul oleh dua orang murid yang lain sebelum ianya tular di media sosial Facebook hari ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon