![]() |
Imej via Google Street |
JOHOR BAHRU, 25 Oktober - Dua sekolah agama di Johor diarah tutup selama tujuh hari bermula hari ini selepas kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan murid sekolah.
Sekolah tersebut ialah Sekolah Agama Kerajaan Johor (SAKJ) Taman Cempaka, Johor Bahru dan Sekolah Agama Kempas.
Arahan penutupan bermula hari ini sehingga 31 Oktober ini atas nasihat Kementerian Kesihatan.
Menurut Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, Tosrin Jarvanthi, arahan penutupan di SAKJ Taman Cempaka dibuat selepas seorang murid Darjah Khas disyaki dijangkiti COVID-19 daripada ibunya yang positif.
Murid tersebut telah menjalani ujian calitan dan sedang menunggu keputusan.
Sekolah Agama Taman Cempaka membabitkan 1,072 murid dan 17 guru.
Manakala Sekolah Agama Kempas membabitkan 1,790 murid dan 26 guru.