Monday, 7 September 2020

SPM : Format Pentaksiran Bahasa Melayu (Kod 1103) Sijil Pelajaran Malaysia Mulai 2021



Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan format pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu SPM mulai tahun 2021.


Format tersebut telah dibentangkan dan dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Bil. 1/2020 pada 21 Februari 2020.


FORMAT PENTAKSIRAN 

Pentaksiran mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan empat instrumen iaitu;

  • 1103/1 – Bahasa Melayu Kertas 1 (Kemahiran Menulis) 
  • 1103/2 – Bahasa Melayu Kertas 2 (Kemahiran Membaca) 
  • 1103/3 – Bahasa Melayu Kertas 3 (Kemahiran Bertutur) 
  • 1103/4 – Bahasa Melayu Kertas 4 (Kemahiran Mendengar)




CONTOH ITEM

  • Contoh item ialah item yang telah disediakan untuk memberikan idea kepada pengguna tentang kepelbagaian konstruk, konteks dan aras yang ditaburkan pada keseluruhan kertas peperiksaan berdasarkan piawaian spesifikasi ujian. 
  • Rujuk Lampiran 1, 2, 3 dan 4. Pembinaan instrumen bagi setiap tahun berdasarkan satu spesifikasi ujian yang piawai. Wajaran konstruk dan aras kesukaran mengikut spesifikasi ujian tersebut tetapi boleh diukur pada konteks yang berbeza.

Muat Turun: SPM : Format Pentaksiran Bahasa Melayu (Kod 1103) Sijil Pelajaran Malaysia Mulai 2021

We Share because We Care

1 comment:


EmoticonEmoticon