Thursday, 3 September 2020

Senarai Lengkap Panggilan Hormat/Salutasi Majlis Rasmi Untuk Orang Kenamaan


"Panggilan hormat" bagi maksud Surat Pekeliling Am ini adalah merujuk kepada sebutan sebelum namanya yang digunakan bagi menghormati individu tertentu berdasarkan kedudukan mengikut keturunan, jawatan, Anugerah Darjah Kebesaran yang diterima dan keagamaan.


Panggilan hormat ini lazimnya digunakan pada surat, sampul surat, kad jemputan, teks juruacara, teks ucapan dan sebagainya.

Panggilan Hormat ini dikategorikan seperti berikut:

  1. Panggilan Hormat Diraja
  2. Panggilan Hormat untuk jawatan
  3. Panggilan Hormat untuk para penerima Darjah Kebesaran Persekutuan
  4. Panggilan Hormat untuk keturunan
  5. Panggilan Hormat untuk ahli agama, dan
  6. Kaedah Penggunaan Panggilan Hormat untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Ahli Akademik dan Pasukan/Badan-badan Beruniform.


Catatan: Panggilan Hormat bagi Raja Muda/Tengku Mahkota dan lsteri Baginda hendaklah merujuk kepada senarai yang dikeluarkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dari semasa ke semasa. 

Catatan:


Kaedah penggunaan Panggilan Hormat mengikut jawatan adalah seperti berikut:

  1. Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Negara yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran maka Panggilan Hormatnya ialah YB Senator diikuti dengan nama; dan
  2. Panggilan Hormat untuk Yang Berhormat Ahli Dewan Rakyat yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Panglima Jasa Negara (P.J.N.) yang membawa gelaran Datuk maka Panggilan Hormatnya ialah YB Datuk diikuti dengan nama. Bagi yang tidak mempunyai gelaran maka Panggilan Hormatnya ialah YB diikuti dengan nama.

Muat Turun: SURAT PEKELILING AM BILANGAN 4 TAHUN 2014 | PANGGILAN HORMAT DAN KAEDAH PENGGUNAANNYA

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon