Thursday, 10 September 2020

#KitaJagaKita: Terima Kasih McDonald's Malaysia

Apabila wabak COVID-19 melanda seluruh dunia, Malaysia tidak terkecuali terkena tempias virus berbahaya ini.


Kini hampir 9 bulan dunia bertarung nyawa menangani wabak ini, Malaysia antara negara yang dilihat sangat komited dan berjaya dalam membendung wabak ini terus merebak menjangkiti rakyatnya.


Dengan kempimpinan yang sangat baik, dan sistem pengurusan kesihatan yang diiktiraf oleh badan kesihatan dunia, rakyat yang bersatu padu, keadaan di dalam negara ini semakin terkawal.


Apabila sekolah diumumkan dibuka semula, kebanyakan rakyat agak skeptikal dengan situasi tersebut. Masing-masing berasa tidak yakin keadaan akan menjadi bertambah baik.


Namun begitu, dengan kerjasama pelbagai pihak, kerajaan, NGO, syarikat-syarikat swasta berganding bahu menangani persepsi dan juga keadaan sebenar penyebaran wabak ini di dalam kawasan sekolah.


Tidak ketinggalan, McDonald's Malaysia terus mempelopori promosi kempen kesedaran bahaya wabak COVID-19 di sekolah-sekolah bermula dengan 30 buah sekolah yang terpilih di sekitar Lembah Kelang.


Majlis pelancaran program #KitaJagaKita telah diadakan
 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur.
 Program #KitaJagaKita mendekati lebih 35,000 murid
di 30 sekolah terpilih sekitar lembah Klang.

McDonald’s Malaysia, Jabatan Pendidikan Negeri Wilayah Persekutuan dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor berganding bahu melalui program #KitaJagaKita bagi menyebarkan mesej pencegahan COVID-19.


Program ini mendekati lebih 35,000 murid, melibatkan 30 sekolah terpilih sekitar Lembah Klang yang berhampiran dengan restoran McDonald’s.


Majlis pelancaran program #KitaJagaKita yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keramat Wangsa, Kuala Lumpur semalam menyaksikan McDonald’s Malaysia menyumbang lebih 1,000 mesej pencegahan COVID-19 untuk diletakkan di persekitaran sekolah-sekolah ini.


Mesej-mesej yang disumbangkan adalah dalam bentuk poster, papan tanda, dan juga pelekat yang bertujuan memberi kesedaran tentang langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mencegah penularan COVID-19.


“Inisiatif yang dilaksanakan ini merupakan cara kami memberi sokongan terhadap usaha berterusan kerajaan menangani penularan COVID-19. Sebagai sebuah syarikat terkemuka, kami ingin memberi impak positif kepada masyarakat di sekitar lokasi operasi kami, terutama ketika kita masih berada dalam saat sukar dengan pandemik ini yang masih berleluasa. Semoga sumbangan mesej-mesej ini di sekolah mampu meningkatkan semangat #KitaJagaKita di kalangan murid, guru, ibu bapa dan pihak pengurusan sekolah agar saling prihatin dan mengambil berat antara satu sama lain. Sama-samalah kita beringat dan memastikan diri dan persekitaran kita sentiasa selamat daripada jangkitan wabak ini,”
Hajjah Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran, McDonald’s Malaysia.
(Kanan) Mustafa Kamal bin Musa, Pengetua, SMK Keramat Wangsa,
Kuala Lumpur ketika menyerahkan Sijil Penghargaan kepada (kiri)
Shamsidar Yahya, Pengarah Komunikasi Korporat, McDonald’s Malaysia
atas sumbangan mesej-mesej pencegahan COVID-19 oleh McDonald's Malaysia.

Program #KitaJagaKita dekati lebih 35,000 murid sekitar Lembah Klang

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon