Friday, 11 September 2020

KPM puas hati dengan tahap PdP secara maya ketika PKP - Timb. Menteri



GENTING HIGHLANDS – Kementerian Pendidikan (KPM) berpuas hati dengan tahap pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara maya yang dijalankan sepanjang tempoh pandemik Covid-19.Timbalan Menteri Pendidikan I, Muslimin Yahaja berkata, berdasarkan kajian yang dijalankan KPM, hanya 36 peratus pelajar tidak mempunyai peranti serta akses Internet.


“KPM sedia maklum mengenai permasalahan tersebut, untuk mengatasinya KPM mahu menyemarakkan TV Pendidikan agar tahap pendidikan di negara ini mencapai tahap yang terbaik.


“Pelajar dan guru disarankan untuk meneruskan pembelajaran secara maya selain bersemuka, kita gabungkan kedua-duanya sekali.


Pembelajaran cara maya ini bukan sahaja membantu melahirkan lebih ramai guru yang kreatif, malah melahirkan pelajar yang mampu berfikiran kritis, sekali gus memberikan impak yang besar serta memberikan keupayaan kepada anak-anak menguasai dunia pendigitalan,” katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon