Seorang guru wanita Cikgu Nor Anisah Othman, Guru Sekolah Kebangsaan Lio Mato, Long San meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya setelah kereta masuk gaung.
Para sukarelawan 'MyHumanitarian' yang kebetulannya masih berada di sana sempat menghulurkan bantuan persiapan penghantaran jenazah ke Hospital Miri yang mengambil masa lebih 6 jam kerana lokasi yang terletak jauh di pedalaman berhampiran sempadan kalimantan.
Jenazah akan diterbangkan ke Pulau Pinang pada hari ini.
Al-Fatihah
Sumber: Sarawak Update