Deskripsi tugas (Job Description: JD)
Dokumen yang menjelaskan tujuan pewujudan sesuatu jawatan dengan mengambil kira komponen akauntabiliti, dimensi dan kompetensi yang diperlukan bagi sesuatu jawatan dalam organisasi.
Ini selaras dengan objektif sesuatu jawatan yang secara prinsipnya diwujudkan berdasarkan kadar upah untuk kerja (rate for the job)
Akauntabiliti
Akauntabiliti yang jelas dan spesifik dapat membantu penyandang menjalankan tugas dengan lebih efektif, setara dengan fred jawatan yang diperuntukkan.
Deskripsi tugas (JD) dapat membantu untuk menterjemahkan hasil daripada tugas tertentu dengan lebih jelas bertepatan dengan objektif penubuhan sesebuah agensi.
Akauntabiliti juga merupakan tanggungjawab utama dalam sesuatu tugas yang dilaksanakan dan dapat memberikan hasil bagi mencapai tujuan pewujudan sesuatu jawatan/
Kata kerja yang digunakan untuk menyatakan sesuatu perbuatan yang boleh menentukan kompleksiti tugas bagi sesuatu gred jawatan. Seorang penyelia tidak seharusnya mempunyai kata kerja yang sama dengan pegawai di bawah seliaanya kerana setiap gred mempunyai komplesisiti tugas yang berbeza.
Sebagai contoh, disenaraikan dibawah Deskripsi Tugas (JD) bagi jawatan-jawatan yang ada di sekolah rendah:
- Deskripsi Tugas (JD) Pengetua
- Deskripsi Tugas (JD) Penolong Kanan Pentadbiran
- Deskripsi Tugas (JD) Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
- Deskripsi Tugas (JD) Penolong Kanan Kokurikulum
- Deskripsi Tugas (JD) Penolong Kanan Pendidikan Khas Menengah
- Deskripsi Tugas (JD) Penolong Kanan Tingkatan 6
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Tingkatan 6 DG44
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Tingkatan 6 DG48
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Tingkatan 6 DG52
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Akademik DG41
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Data dan Maklumat
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Kanan Mata Pelajaran
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Kaunseling DG41
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Penyelaras Bestari
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Perpustakaan dan Media DG41
- Deskripsi Tugas (JD) Guru Sukan