Mengajar adalah satu nikmat jika murid turut enjoy dalam kelas yang kita ajar.
Macam-macam kaedah boleh dilakukan untuk menarik perhatian murid.
Antaranya, jom kita tengok macam mana cikgu Que Sera Sera menarik minat muridnya mereka tidak sabar untuk memulakan pembelajaran.
So cikgu scammer... Aku saja nak kongsi dengan kalian.
Cara aku scam bebudak aku buat karangan.
Tak pernah lagi aku tengok murid2 aku teruja sampai macamni nak buat karangan...
Bayangkan, aku baru bersentuh bahu dengan pintu kelas je, budak dah cakap,
'miss, kita sambung buat cerita tu kan!'
'yeayyy.. Nak sambung karangan tu kan miss harini!?'
Korang.
Karangan yang dibuat dengan murid2 ni ambil masa 4 hari tau.
4 hari murid teruja.
Teruja buat karangan
Hari ke 5 aku dah janji cakap, habis 'skrip drama' ni, kita akan buat merchandise untuk 'skrip filem' kita ni.
Mengelupur bebudak ni suka.
Bukan jaminan murid akan terus jadi hebat dalam menulis sampai nak terbit buku. Sekurangnya aku tahu mereka menulis bukan kerana terpaksa.
(selain nak elak aku bosan masa menanda hahahah)
So meh aku ringkaskan apa yang aku SCAM bebudak ni.
1. Aku sediakan background.
Besar.Sebab anak2 murid aku bukan macam kat luar negara yang mana dalam kelas bilangan murid macam bilangan jemaah masjid waktu subuh.
Anak2 murid aku 35 satu kelas.
2. Aku kasi kertas kecik size resit air boba Family mart.
Jangan kasi ikut size resit kedai Eco pulak.Panjang!
3. Biar diorang yang lukiskan sendiri apa2 watak ikut suka hati hati di jalan raya dengan kereta songsang diorang nak lukis apa atas kertas tu. Lukiskan seketul noun je.
4. Biar diorang tempek kertas tu atas background yang aku sediakan.
Macam biasa, SOP kena ketat masa prosesni. Memang ambil masa sebab sorang2. Biar diorang rasa macam mana ketua keluarga nak masuk mall beli susu sejat masa PKP dulu ikut giliran.
5. Atas background tu aku dah ada satu watak utama.
Yang aku lekatkan magnet di kedua dua belah so dia boleh bergerak di sepanjang background. Ko gerak ikut arahan murid. Biar diorng lead. Jadi karangan mereka ni akan berkisar ttg perjalanan watak utama ni bertemu dengan makhluk2 dan benda2 yg dilukis oleh murid2 tadi.
6. Minta diorang stopkan kat watak2 yang dah dilekatkan dalam perjalanan.
7. Minta diorang reka cerita, reka ayat guna watak2 yg dah dilukis oleh member2 diorang tu.
Ko bagilah contoh dulu.Ingat! Contoh kali pertama adalah 1st impression pada murid2.(baca dalam nada penceramah yang caj RM5K satu sesi kursus basic). Dengan syarat, ko sebagai 'the guidance' kena pandai:
- Bertenaga
- Imaginasi
- Lawak
- Kaitkan sikit dgn benda2 up 2 date yg viral
- Budak nampak jalan cerita yang menarik dan tak hambar
Boom! Ramai terjerat
8. BUAT BERSAMA SAMA.
ko biarje satu kelas kongsi idea diorang. Suruh diorng bagi ayat. Pilih jalan cerita mana yang SATU KELAS setuju. ko guide, Join dengan imaginasi anak2 murid. Sambil2 selit lawak macam ko tengah buat stand up comedy.
Tulis bersama
Pastu tulis bersama sama. 'BERSAMA' is the key to lock the kids to feel togetherness dalam menyiapkan karangan ni. Aku eksperimen dengan murid darjah 4 aku semalam. Aura dia sama. Budak lebih naik syeikh nak tulis karangan macamni.
Tulah ringkasan aku SCAM bebudakni tulis novel. Hahhaha
Biar tulis karangan tapi nampak macam tengah isi masa lapang
Lepastu padan muka aku nak menanda
Sumber: Que Sera Sera