Definisi Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat (PP) adalah komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang merupakan pentaksiran sumatif yang setara bagi menilai pencapaian akademik murid. PP mentaksir aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai secara menyeluruh. Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah komponen pentaksiran pusat di peringkat menengah rendah.
PRINSIP PENTAKSIRAN PUSAT (PENTAKSIRAN TINGKATAN 3)
Lembaga Peperiksaan
- Item
- Jadual Spesifikasi Ujian
- Format Instrumen
- Jadual Penggredan
- Panduan Pemasangan Instrumen
- Panduan Penskoran Item
- Peraturan Pentadbiran
- Format Pelaporan PT3
Sekolah
- Menyediakan Instrumen
- Memasang instrumen berdasarkan Jadual Spesifikasi Ujian, Format Instrumen dan Panduan Pemasangan Instrumen
- Membuat verifikasi instrumen
- Mentadbir instrumen
- Menyediakan jadual
- Mentadbir PT3 secara one-off dalam tempoh yang ditetapkan oleh LP dengan mematuhi peraturan pentadbiran PT3
- Memeriksa Skrip Jawapan
- Memeriksa skrip jawapan murid berpandukan Panduan Penskoran
- Menjalankan moderasi
- Memberi skor dan membuat verifikasi skor
- Menetapkan gred berpandukan Jadual Penggredan
- Menghantar gred ke Lembaga Peperiksaan
- Mengeluarkan Pelaporan
- Mencetak pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3
PELAPORAN PT3
- Calon Sekolah akan menerima pelaporan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT 3) daripada pihak sekolah. Calon Persendirian akan menerima laporan daripada pihak Jabatan Pendidikan Negeri.
- Calon akan menerima gred bagi mata pelajaran yang diduduki sahaja.
PEMERIKSAAN
- Pemeriksaan skrip jawapan calon dilakukan oleh guru mata pelajaran berpandukan Panduan Penskoran.
- Penyelarasan pemeriksaan dan moderasi dilakukan oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah. Penyelarasan pemeriksaan dan moderasi juga akan dilakukan oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
- Pemberian skor dan penetapan gred berpandukan Jadual Penggredan.Verifikasi skor dan gred oleh Ketua Panitia di peringkat sekolah. Verifikasi skor dan gred oleh Ketua Pentaksir Kebangsaan, Ketua Pentaksir Negeri, Ketua Pentaksir Kawasan dan Pentaksir Kawasan yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan dan Jabatan Pendidikan Negeri.
- Pengetua akan membuat verifikasi gred calon sebelum dihantar ke Lembaga Peperiksaan.
- Sekolah mengeluarkan pelaporan berdasarkan format Pelaporan PT3.