Cikgu yang merakam video 'ayah saya masak ketum' mesej saya.
Ya, kita semua maklum soalan yang diajukan itu diulang kali kedua. Awalnya cikgu ini dah dengar jawapan masak ketum itu, namun untuk 'bukti kukuh', beliau ambil inisiatif untuk bertanya kembali dengan rakaman.
Apa tujuannya? Nak viralkan ke media sosial?
Jawapannya tidak.
Lalu video itu HANYA dihantar kepada IBU kanak-kanak itu sahaja. Saya ulang, hanya kepada IBU murid itu sahaja.
Kenapa?
Niat cikgu ini jelas, beliau nak bantu pelajar berkenaan. Katanya, kalau ia betul-betul berlaku, harap pihak ibu tidak cover hal itu dari anak.
Jadi siapa yang viralkan video ini ke media sosial?
Ibu kanak-kanak berkenaan mungkin ada jawapannya. Biasanya kalau video 'comel' begini, mestilah cepat-cepat nak share dalam group whatsapp family.
Bila dah tersebar di satu group, bayangkan apa akan jadi selepas itu. Dan kita semua dah tahu video ini telah tersebar merata.
Jadi, siapa yang betul dan siapa yang salah dalam isu ini? Itu bukan tugas kita untuk mengadili. Biarlah pihak sekolah dan kementerian yang siasat.
Untuk mengelakkan kejadian sama berulang, maka ini cadangan saya,
1. Mohon cikgu tidak mengambil tindakan peribadi dengan menghantar video itu terus kepada parents. Ya, niat cikgu baik, tapi kita khuatir ia akan timbul salah faham.
2. Rujuk pentadbir sekolah. Bincang apakah jalan yang terbaik untuk bantu murid ini, juga ayahnya.
3. Paling elok, panggil si ayah dan ibu murid datang ke sekolah. Maklumkan apa yang berlaku serta tunjukkan video itu.
4. Maklumkan pada ibu bapa apakah impak buruk yang dialami anak jika si ayah tak berubah (jika benar menurut dakwaan anak).
5. Jika kes berat, ayah atau ibu murid terlibat dengan penyalahgunaan dadah, maka rujuk pihak polis dan JKM.
Ok, sekarang video ini dah tersebar di dalam group wassap, facebook, page, twitter, youtube, instagram dan lain-lain media sosial.
Apa yang kita boleh buat?
Saya mohon kalian sebarkan posting saya ini. Asal nampak video berkenaan orang share, share tulisan saya ini. Nak copy paste pun tak ada masalah, saya benarkan.
Terima kasih.
Moga ia jadi pengajaran buat kita bersama.
Update kes : Guru berkenaan akan report polis petang ini. Doakan yang baik-baik untuk cikgu ini, murid berkenaan dan ibubapanya.
Akhi Fairuz Al-Jengkawi
#TukangCeramahBudakSekolah
#SexEdSpeaker