Tuesday, 18 August 2020

Cuti Sekolah Tambahan untuk Cuti Perayaan 2021

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Takwim Rasmi Penggal Persekolahan bagi sekolah-sekolah di bawah kelolalaanya bagi tahun 2021.


Takwim tersebut juga dilengkapkan dengan Takwim Cuti Perayaan dan Cuti Tambahan sebagai rujukan untuk semua.


Takwim lengkap tersebut boleh dimuat turun di pautan:


https://www.moe.gov.my/takwim/takwim-sekolah-2021


Bagi cuti Tahun Baru Cina yang jatuh pada 12 dan 13 Februari 2021, kedua-dua kumpulan akan diberi cuti tambahan selama dua hari oleh KPM. Ini bermakna sekolah akan mula bercuti pada 10 dan 11 Februari 2021.


Bagi cuti Hari Raya Aidilfitri yang jatuh pada 13 dan 14 Mei 2021, kedua-dua kumpulan akan diberi cuti tambahan juga selama dua hari oleh KPM. Ini bermakna sekolah akan mula bercuti pada 11 dan 12 Mei 2021.


Kerana Hari Keamaatan dan Hari Gawai Dayak jatuh dalam Cuti Pertengahan Tahun, maka tiada cuti tambahan diberikan.


Bagi cuti Deepavali yang jatuh pada 4 November 2021, kedua-dua kumpulan kecuali Sarawak akan diberi cuti tambahan selama dua hari oleh KPM. Cuti tersebut adalah pada 3 (Rabu) dan 5 (Jumaat) November 2021.


Sarawak hanya ditetapkan satu hari cuti tambahan untuk Deepavali iaitu pada 5 November 2021.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon