Bersabarlah Cikgu Mahbut...
Sungguh sedih menjelang sambutan hari guru ini terpaksa berhadapan dengan saat yang menyedihkan ini apabila rakaman Video beliau membelasah dan memijak dua orang pelajar yang sedang menghisap rokok di Kolej Vokasional Sungai Buloh pada 3 Mei lalu telah diviralkan di media sosial..
Mungkin cara warden ini salah... tetapi Niat bekerja kerana Allah.. tujuan tidak menghalalkan cara.. .. bersabarlah en. Warden Allah sedang menguji kamu.. jangan patah semangat dengan kejadian yang menimpa cikgu.
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin mengeluarkan perintah agar tertuduh, Mahbut Yaacob, 53, membayar kompaun RM1,500 masing-masing kepada dua pelajar kerana membelasah dan memijak mereka di Tingkat 2, Asrama Blok Kasih, Kolej Vokasional Sungai Buloh pada 3 Mei lalu.
Mahbut Yaacob, 53, dan bapa kedua-dua mangsa bersetuju menyelesaikan perkara tersebut secara baik.
Tertuduh dikenakan kompaun mengikut Seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah. Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan iaitu memukul, menampar dan memijak tubuh dua pelajar tingkatan empat terbabit. - UTUSAN ONLINE