Thursday, 7 October 2021

Rakyat Malaysia salah faham, bukan kerajaan sengaja tidak bantu sekolah tahfiz

Rakyat Malaysia salah faham, bukan kerajaan sengaja tidak bantu sekolah tahfiz

Imej hiasan via Harian Metro

ISU sekolah agama atau pusat tahfiz (persendirian) tidak dibantu kerajaan hanyalah salah faham rakyat yang tidak tahu tentang situasi sebenar yang berlaku berhubung perkara itu, kata pakar akademik.


Perkara tersebut dikongsi oleh Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan Komuniti, Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr Anuar Ahmad.


Menurut beliau, bantuan untuk sekolah agama dan pusat tahfiz sudah ada dari setiap peringkat dan ia disalurkan setiap tahun kepada sekolah berkenaan.


ANUAR memberitahu situasi sekolah tidak berdaftar menyukarkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan.


Katanya, isu sebenar yang berlaku adalah kewujudan sekolah-sekolah persendirian yang tidak berdaftar dan beroperasi tanpa kebenaran.


Situasi ini menyukarkan kerajaan untuk menyalurkan bantuan.


"Rakyat sering salah faham apabila melihat pusat tahfiz yang daif dan kekurangan dana berpunca daripada kerajaan yang tidak prihatin.


"Namun, hakikat sebenarnya, sekolah ini tidak berdaftar dan apabila keadaan sebegitu, bantuan tidak dapat disalurkan kerana tiada pemantauan susulan (audit) yang dapat memastikan ke mana duit itu dibelanjakan," katanya kepada Majoriti.


Tambahnya lagi, setiap tahun kerajaan pusat, negeri, Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) mahupun Baitulmal telah memperuntukkan bantuan kepada sekolah-sekolah (berdaftar) yang mencecah ratusan juta ringgit.


Mengikut Belanjawan 2021, kerajaan memperuntukkan sejumlah RM100 juta bagi tujuan penyelenggaraan sekolah tahfiz, sekolah pondok berdaftar dan sekolah agama rakyat (SAR) pada 2021.


Terdahulu, Ketua Pejuang Muda Kedah Ahmad Shauqie Syeikh Muhamad Baderudin memberitahu sekolah agama rakyat (SAR), sekolah tahfiz dan pondok memerlukan perhatian serta bantuan lebih besar.


Beliau menekankan perkara itu selepas mengambil kira bantuan RM15 juta diperuntukkan kepada sekolah persendirian Cina oleh kerajaan Persekutuan.


Mengulas kenyataan itu, Anuar menyarankan Pejuang agar memberikan fokus kepada membantu sekolah-sekolah berkenaan untuk mendaftar dengan jabatan agama negeri.


Hal ini berikutan ada pengasas (mudir) pusat pengajian yang tidak tahu selok belok urusan berkenaan malah, ada juga yang enggan mendaftar kerana tidak mahu terikat dengan prosedur dan garis panduan pengurusan sekolah.


"Perkara ini merupakan asas untuk menjadikan sebuah sekolah mampu memberikan pendidikan yang terbaik buat pelajar.


"Pejuang sepatutnya fokus untuk membantu mereka supaya mendaftarkan sekolah supaya kerajaan tahu kewujudan mereka dan memudahkan bantuan untuk disalurkan," ujarnya.


Permohonan ke sekolah khusus mulai 10 Okt hingga 15 Nov

Permohonan ke sekolah khusus mulai 10 Okt hingga 15 Nov

KUALA LUMPUR: Permohonan untuk memasuki sekolah khusus untuk Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat tahun 2022 boleh dibuat bermula 10 Oktober hingga 15 November nanti. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya telah memperkenalkan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).


KPM memaklumkan PKSK diperkenalkan bagi tujuan pemilihan murid untuk kemasukan ke Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sekolah khusus.


"Permohonan dalam talian ini melibatkan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi Tingkatan Satu dan Empat, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bagi Tingkatan Satu dan Empat, Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi Tingkatan Empat, Kolej Vokasional (KV) bagi Tahun 1 KV dan Maktab Tentera Diraja (MTD) bagi Tingkatan Empat.


"Semua pemohon boleh membuat semakan pusat pentaksiran bagi Tingkatan Satu dan Empat secara dalam talian bermula dari 1 Disember 2021," kata KPM.


Pentaksiran akan bermula dari 17 hingga 27 Januari 2022 bagi Tingkatan Satu dan 7 hingga 17 Februari 2022 bagi Tingkatan Empat.


Komponen yang akan ditaksir ialah kecerdasan insaniah (20%), kecerdasan intelektual (70%) dan artikulasi penulisan (10%).


Bagi pelajar Tingkatan Satu, permohonan boleh dibuat di https://spskt1.moe.gov.my dan bagi pelajar Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my.


Syarat permohonan kemasukan ke sekolah khusus adalah warga negara Malaysia, mendaftar dalam Sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) KPM, Murid Tahun Enam Tahun 2021 (berumur 12 tahun atau lahir pada 2 Januari 2009 hingga 1 Januari 2010 dan Murid Tingkatan Tiga Tahun 2021 (Berumur 15 tahun atau lahir pada 2 Januari 2006 hingga 1 Januari 2007).


KPM memaklumkan keputusan pemilihan murid ke Sekolah Khusus akan diumumkan pada 15 Mac 2022.


Muat Turun Buku Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan

Muat Turun Buku Panduan Mengurus Gantian Cuti Rehat Perkhidmatan Awam Persekutuan


Bahagian Pasca Perkhidmatan Jabatan Perkhidmatan Awam telah menerbitkan sebuah buku panduan sebagai rujukan semua penjawat untuk menguruskan cuti mereka.            


Buku tersebut boleh dimuat turun melalui pautan di bawah:

PANDUAN MENGURUS GANTIAN CUTI REHAT PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN 


Wednesday, 6 October 2021

Menteri Pendidikan jawab isu gambar fitnah tiada penjarakan fizikal

Menteri Pendidikan jawab isu gambar fitnah tiada penjarakan fizikal

6 September - Tular sekeping foto sidang media Menteri Pendidikan, YBMK Pendidikan, Dr Radzi Jidin yang disebarkan oleh seorang individu yang menggunakan nama Yuseri Yusoff di Facebook.


Individu berkenaan mempertikai penjarakan sosial yang tidak dipraktikan oleh menteri berkenaan ketika sidang media tersebut.



Hantaran tersebut mendapat reaksi Dr Radzi Jidin dan beliau terus memberi respon spontan mengenai perkara tersebut.


"Saya dimaklumkan tentang satu hantaran FB yang tular bersama sekeping gambar yang menunjukkan seolah-olah langsung tiada penjarakan fizikal sewaktu saya mengadakan satu sidang akhbar.

 

"Seingat saya, selain Ahli Parlimen Dungun, YB Tuan Haji Wan Hassan bin Mohd Ramli dan Exco Pendidikan Terengganu, YB Ustaz Hj Satiful Bahari Bin Mamat, tiada sesiapa berada di sebelah ketika sidang media di SM Sains Dungun pada 3 Oktober 2021," katanya.


Setelah disemak, gambar tersebut sebenarnya adalah gambar palsu dan  tindakan berniat jahat pemilik akaun tersebut adalah amat tidak bertanggungjawab. 


Beliau memaklumkan laporan polis telah pun dibuat dan meminta semua dapat kongsikan penjelasan sebenarnya itu.


Pindah guru enggan divaksin umpama pindah masalah ke sekolah lain - PIBGN

Pindah guru enggan divaksin umpama pindah masalah ke sekolah lain - PIBGN

KUALA LUMPUR – Tindakan memindahkan guru yang enggan menerima imunisasi COVID-19 ke sekolah lain disifatkan bukan penyelesaian terbaik untuk menangani isu berkenaan, sebaliknya dibimbangi meluaskan pengaruh ‘anti vaksin’.


Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohamad Ali Hasan berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) dimohon mempertimbangkan dan memperhalusi kemungkinan untuk memindahkan golongan itu.


“Bagi PIBGN, tidak patut guru tidak mahu menerima vaksin ini ditukar sekolah kerana ia seolah-olah memindahkan masalah ke tempat baharu.


“Walaupun bilangan pendidik enggan divaksin ini kecil, dikhuatiri mereka membawa pengaruh ke sekolah baharu yang berisiko menambah jumlah guru menolak suntikan imunisasi berkenaan,” katanya ketika dihubungi Getaran.


Kelmarin, Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, menegaskan guru yang menolak vaksin COVID-19 berkemungkinan ditukar ke sekolah lain.


Kemungkinan yang masih dalam penelitian itu, katanya, bertujuan mengelakkan guru terbabit berinteraksi secara langsung dengan pelajar, atau menjejaskan proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya mereka masih berpegang pada pendirian itu.


Mohamad Ali berkata, PIBGN mencadangkan supaya guru menolak vaksin COVID-19 terus diberikan penerangan rapi daripada pakar kesihatan dan pakar agama berhubung kepentingan suntikan berkenaan.


Jelasnya, penerangan rapi itu membolehkan mereka berfikir dan mempertimbangkan semula keputusan menolak vaksin terbabit, seterusnya mungkin lebih bersedia menerimanya.


Beliau berkata, pihaknya turut menyarankan supaya tanggungjawab guru yang menolak vaksin difokuskan untuk mengendalikan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


“Jangan pindahkan mereka (guru) ke sekolah lain kerana tindakan itu tidak relevan, malah seperti memindahkan masalah ke sekolah baharu,” katanya.


Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Semenanjung Malaysia, Wang Heng Suan berkata, pihaknya sukar memberikan ulasan berhubung isu berkenaan, memandangkan ia masih dalam pertimbangan KPM.


“Kita (NUTP) ada bertanya kepada KPM mengenai cadangan memindahkan guru seperti dimaklumkan menteri, namun pihak kementerian beritahu perkara itu masih dalam pertimbangan dan belum dimuktamadkan,” katanya.


Heng Suan berkata, NUTP tetap berpendirian bahawa semua guru dan setiap murid yang bakal hadir ke sekolah, patut divaksin seperti ditetapkan kerajaan.


“Memandangkan KPM prihatin mendengar suara rakyat dan badan bukan kerajaan pendidikan sebelum melaksanakan sesuatu keputusan, NUTP juga ada meminta pihak kementerian memberi tempoh lebih panjang kepada guru menolak vaksin ini sebelum mengambil tindakan ke atas mereka.


“Hasil daripada program kesedaran kepentingan vaksin, jumlah guru menolak pengambilan imunisasi berkenaan semakin berkurangan kini, iaitu hanya 2,043 orang,” katanya.


Selain itu, Heng Suan berkata, pihaknya turut aktif mengadakan program kesedaran berhubung kepentingan vaksin COVID-19 secara maya, termasuk webinar yang mengetengahkan panel jemputan dalam kalangan pakar bidang untuk mengulas isu terbabit.


Ketika program itu, katanya, guru berpeluang bertanya secara langsung kepada panel berhubung masalah, kemusykilan dan kegusaran mereka mengenai pengambilan vaksin COVID-19.


Menerusi hasil penjelasan diterima daripada pakar bidang itu, jelasnya, guru menolak vaksin boleh menentukan keputusan sama ada mahu menerima imunisasi atau tetap dengan pendirian asal.


“Ada guru apabila ditanya pihak NUTP kenapa menolak vaksin COVID-19 mengatakan mereka membaca kesan negatif akan dialami mereka apabila mengambil suntikan ini menerusi media sosial, sekali gus membuatkan mereka risau atau percaya maklumat diperoleh.


“Jika mereka dapat maklumat negatif sahaja memang akan nampak kesan buruk dan kebimbangan mereka tidak hilang, jadi kita perlu bawakan pakar bidang untuk mengulas secara terperinci isu vaksin COVID-19,” katanya. - Getaran, 28 September 2021


CEFR English Language Handbook For Primary & Secondary School Teachers

CEFR English Language Handbook For Primary & Secondary School Teachers


The reform in curriculum and pedagogy has to be supported by the use of internationally aligned and CEFR-compatible teaching and learning materials (English Language Education Reform in Malaysia, The Roadmap 2015-2025). The Roadmap document thus recommends that CEFR-based English Language books and materials are purchased during the first phase of the Roadmap.

At present, a number of teaching and learning resources, both in print and online, have been developed over the years by divisions of the Ministry of Education (MOE) to support the implementation of the English curriculum.

It is essential for these resources to be consolidated and coordinated to ensure their optimal use among English teachers for the maximum benefit of the learners. However, the existing resources need to be assessed in terms of their alignment with the CEFR and their potential role in CEFR-aligned teaching and learning (The Roadmap 2015-2012; pg 183)

It is hoped that this handbook can assist teachers in utilising the English Year 1 and Form 1 textbook supplied by the MOE Malaysia for the purpose of improving the delivery of the CEFR-aligned English curriculum in the classrooms.

Download:

Tuesday, 5 October 2021

Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Pelangi, Rainbow

Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Pelangi, Rainbow


Berikut dikongsikan 29 rekaan latar belakang yang menarik bertemakan dalam pelangi, rainbow yang beresolusi tinggi untuk dimuat turun. 


Template yang asalnya berformat vector ini telah ditukarkan menjadi format JPEG dalam resolusi tinggi, sesuai untuk penghasilan banner, poster, infografik, bahan pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain. 


Template ini diperoleh daripada sumber percuma di Internet. Template akan dikemaskini setiap masa untuk produk-produk terbaharu. Muat turun ke semuanya di sini.



Monday, 4 October 2021

Intro Cinematic Video HD Tanpa Teks (Part 1)

Intro Cinematic Video HD Tanpa Teks (Part 1)


Berikut kami kongsikan beberapa intro video berdurasi 3 hingga 10 saat. 


Semua video diperoleh percuma daripada Youtube dan tiada hakcipta. Gunakan kreativiti anda untuk menghasilkan intro video yang menarik!


Jangan lupa muat turun semua di sini!


Muat turun single file di Google Drive


Muat turun bundle file: 99.57 MB



23 guru enggan divaksin di Perlis hanya dibenar mengajar secara PdPR

23 guru enggan divaksin di Perlis hanya dibenar mengajar secara PdPR

KANGAR: Seramai 23 guru yang enggan menerima vaksin di negeri Perlis hanya akan dibenarkan mengajar secara dalam talian dalam sesi persekolahan atau Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang bermula hari ini.


Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan negeri, Rozieana Ahmad berkata, daripada jumlah 26 orang bulan lalu, tiga daripadanya telah bersetuju menerima vaksin pada minggu lalu.


Beliau berkata, pihak Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri masih memberi ruang dan peluang kepada guru-guru ini untuk mengubah fikiran sebelum sebarang tindakan dikenakan terhadap mereka.


Justeru, beliau menyeru kepada guru-guru yang masih enggan mengambil vaksin agar memikirkan kepentingan pendidikan murid-murid dan pelajar mereka.


“Kementerian masih lagi memberi peluang kepada mereka untuk mengubah fikiran, ada guru-guru yang pada mulanya enggan (divaksin) tapi sudahpun menerima nasihat dan kalau boleh kita nak elakkan daripada tindakan-tindakan yang akan diambil (terhadap guru-guru yang enggan divaksin).


“(Justeru) saya menyeru (kepada) guru-guru yang masih enggan untuk mendapatkan vaksin demi kepentingan pendidikan murid-murid khususnya untuk negeri Perlis untuk menerima vaksin supaya kita dapat meneruskan pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka di sekolah,” katanya kepada wartawan selepas melawat Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Sin Min di Pauh di sini, hari ini.


Sementara itu, Rozieana berpuas hati dengan kehadiran 50 peratus daripada keseluruhan 8,296 murid dan pelajar pada sesi persekolahan secara bersemuka hari ini.


Katanya, kebanyakan ibu bapa masih lagi mengambil langkah tunggu dan lihat, namun beliau percaya kehadiran penuh mampu dicapai tidak lama lagi.


Selain itu, jelasnya, pihak sekolah masih lagi memberi kelonggaran kepada ibu bapa dan pelajar daripada segi kehadiran buat masa ini.


Jumlah keseluruhan pelajar dan murid yang memulakan sesi pembelajaran bersemuka di Perlis adalah 8,296 iaitu pelajar prasekolah sebanyak 2,654, Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) (3,570), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) (1,078) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) (39) dan program pendidikan khas integrasi (PPKI) (956).


Mengulas mengenai proses vaksinasi pelajar sekolah, beliau memberitahu, semua pelajar daripada tingkatan satu hingga lima telah mengikut janji temu yang telah ditempah oleh Jabatan Pendidikan negeri di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang ditetapkan.


Tambahnya, proses pemberian vaksin untuk murid darjah enam juga akan dimulakan minggu ini.


Guru positif COVID-19, dua sekolah ditangguh pembukaan

Guru positif COVID-19, dua sekolah ditangguh pembukaan


Kuching: Dua sekolah di Sarawak ditangguhkan pembukaan sesi pembelajaran hari ini berikutan guru dikesan positif Covid-19.


Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mohamad Alamin berkata, penangguhan itu membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Trusan dan SMK Merapok, kedua-duanya dalam daerah Lawas.


Beliau berkata, hasil ujian yang dijalankan beberapa hari lalu, seorang guru di SMK Trusan dan dua di SMK Merapok disahkan dijangkiti wabak itu.


"Kementerian Pendidikan mengambil langkah keselamatan yang tegas bersama-sama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung pembukaan sesi pembelajaran di sekolah.


"KKM mengeluarkan notis mengarahkan supaya dua sekolah itu ditutup sementara sehingga 6 Oktober," katanya pada sidang media di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas Taman Matang Jaya, di sini, hari ini.


Beliau sebelum itu meninjau hari pertama sesi persekolahan bersemuka SMK St Thomas dan Sekolah Pendidikan Khas Taman Matang Jaya.


Mohamad berkata, hasil tinjauan di dua sekolah terbabit, beliau berpuas hati dengan kehadiran pelajar walaupun jumlahnya tidak mencapai 100 peratus.


"Tinjauan di SMK St Thomas mendapati 86.2 peratus daripada 111 pelajar Tingkatan 6 hadir hari ini manakala di Sekolah Pendidikan Khas pula sebanyak 69 peratus daripada 89 pelajar.


"Saya difahamkan mereka yang tidak hadir kerana kontak rapat dengan pesakit Covid-19, baru selesai menjalani kuarantin malah ada yang masih mencari 'mood' untuk turun ke sekolah selepas sekian lama tidak bersekolah," katanya.


Beliau turut merayu agar ibu bapa membenarkan anak-anak mereka bersekolah dan memberi jaminan persekitaran sekolah adalah selamat daripada wabak Covid-19.


"Keselamatan pelajar adalah keutamaan kami dan langkah-langkah awal sentiasa kami ambil untuk membendung penularan," katanya.


Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Ocean, Coral, Dalam Laut

Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Ocean, Coral, Dalam Laut


Berikut dikongsikan 33 rekaan latar belakang yang menarik bertemakan dalam laut, ocean, batu karang, coral yang beresolusi tinggi untuk dimuat turun. 


Template yang asalnya berformat vector ini telah ditukarkan menjadi format JPEG dalam resolusi tinggi, sesuai untuk penghasilan banner, poster, infografik, bahan pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain. 


Template ini diperoleh daripada sumber percuma di Internet. Template akan dikemaskini setiap masa untuk produk-produk terbaharu. Muat turun ke semuanya di sini.



Saturday, 2 October 2021

Guru hologram mampu ringankan beban kerja guru

Guru hologram mampu ringankan beban kerja guru

Imej via Youngzine

Revolusi Industri 4.0 telah menyaksikan pengautomasian melalui pengintegrasian mesin atau robot dengan internet dalam pelbagai bidang sebagai perwakilan manusia sebenar.


Mengadaptasi perkembangan ini, Revolusi Pendidikan 4.0 boleh mengoptimumkan penggunaan aplikasi agen pedagogi maya dalam persekitaran pembelajaran sebagai pengganti atau perwakilan guru sebenar di dalam kelas.


Antara aplikasi agen pedagogi maya yang berpotensi digunakan ialah seperti guru hologram di mana, penggunaan guru hologram ini memungkinkan pelajar berasa seolah-olah mereka berada di dalam situasi pembelajaran sebenar di dalam kelas, walau tanpa kehadiran guru sebenar.


Berdasarkan siri penyelidikan yang dijalankan, didapati bahawa tahap penerimaan pelajar terhadap pendekatan guru hologram adalah sangat meyakinkan.


Baik murid di peringkat sekolah rendah, sekolah menengah mahu pun pelajar di peringkat tertiari didapati agak teruja dan bermotivasi dengan pendekatan pembelajaran bersama guru hologram.


Penggunaan animasi turut dicadangkan dalam kajian penggunaan guru hologram.


Ini menggambarkan, guru hologram berpotensi untuk dijadikan sebagai perwakilan guru sebenar di dalam kelas untuk pendidikan masa hadapan.


Guru hologram bukan hanya terbatas kepada penggunaan karakter manusia sebenar, malah, karekter seperti kartun tiga dimensi, robot manusia dan sebagainya juga boleh digunakan berdasarkan kesesuaian dan keperluan.


Secara asasnya, hologram adalah bermaksud pandangan keseluruhan yang terhasil daripada pancaran satu atau beberapa sumber cahaya yang membentuk paparan visual tiga dimensi.


Pendekatan semasa hologram menggunakan dua bentuk paparan, iaitu skrin lutsinar khas yang disusun berbentuk piramid bagi paparan empat sisi dan penggunaan satu skrin lutsinar bagi paparan satu sisi sahaja.


Hologram yang berbentuk piramid sesuai untuk digunakan sebagai medium pengiklanan dan pameran kerana kelebihan paparan pelbagai sisi. Namun, kebiasaannya ia hadir dalam ukuran atau saiz yang kecil. Hologram yang dipaparkan di atas satu skrin pula dapat mempersembahkan visual dalam ukuran dan saiz sebenar atau lebih besar.


Hologram satu sisi ini kebiasaannya dipersembahkan di atas pentas dan bagi penonton yang tertumpu. Oleh itu, hologram satu sisi lebih sesuai digunakan untuk paparan karakter guru kerana ia dapat memaparkan karakter tersebut dengan saiz manusia sebenar dan suasana seolah-olah ia berada di hadapan penonton.


Meskipun begitu, terdapat juga kekangan terhadap penggunaan guru hologram yang dikenalpasti daripada siri penyelidikan yang dijalankan. Pertamanya ialah aspek penumpuan pelajar terhadap penyampaian kandungan pembelajaran. Pelajar didapati tidak fokus terhadap penyampaian guru hologram sekiranya tempoh masa penyampaian adalah lama.


Hal ini mungkin disebabkan faktor guru hologram adalah buatan dan bukan guru sebenar. Sehubungan itu, dengan menambah ciri interaktif dan kecerdasan buatan (AI), keyakinan dan perhatian pelajar mungkin boleh ditingkatkan.


Kekangan berikutnya ialah faktor pencahayaan di dalam kelas. Paparan guru hologram yang baik memerlukan pencahayaan yang sangat minimum. Yang mana, perkara ini tidak berlaku di dalam reka bentuk kebanyakan bilik darjah di sekolah.


Untuk merealisasikan pendekatan ini pada masa hadapan, penyelidikan-penyelidikan lanjutan adalah sebenarnya perlu dilakukan bagi memastikan segala kekangan yang wujud dapat diatasi. Ini bagi memastikan, sekiranya aplikasi guru hologram diperkenalkan sebagai perwakilan guru sebenar di dalam kelas, ia mampu menghasilkan kesan pembelajaran positif yang optimum.


Hakikatnya, mempelbagaikan kaedah penyampaian maklumat seumpama guru hologram perlu diberi perhatian agar sistem pendidikan kita selari dengan kehendak perkembangan teknologi semasa. Guru hologram juga boleh menjadi satu pendekatan bagi menangani masalah bebanan kerja guru.


*Penyelidikan fundamental ini diketuai oleh Prof Dr Ahmad Zamzuri Mohamad Ali dari UPSI bersama Mohd Khairulnizam Ramlie dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) di bawah dana geran penyelidikan FRGS, Kementerian Pengajian Tinggi yang berfokus pada reka bentuk kerangka konseptual bagi penggunaan tutor hologram sebagai perwakilan guru sebenar.


Sumber: GPS Bestari
Takwim persekolahan mungkin kekal bermula Mac dalam kajian - KPM

Takwim persekolahan mungkin kekal bermula Mac dalam kajian - KPM

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) sedang mengkaji kesesuaian untuk menukar permulaan sesi persekolahan daripada Januari kepada Mac, dengan menjadikan sesi tahun depan sebagai panduan.


Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin, berkata kajian itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai kelebihan dan maklum balas positif diterima daripada pemegang taruh, termasuk dapat mengelakkan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diadakan pada November dan Disember yang bertembung dengan musim tengkujuh.


“Permulaan sesi persekolahan pada Mac ada banyak kelebihan, jadi ia satu tindakan yang baik apabila kita lanjutkan sesi persekolahan (2021) sehingga awal tahun depan.


“Kini, kita sedang teliti apakah kita akan teruskan sesi persekolahan baharu pada Mac atau kembali seperti asal (bermula Januari untuk sesi persekolahan 2023 dan seterusnya),” katanya memetik laporan BH.


Mengulas lanjut kelebihan memulakan sesi persekolahan pada Mac, beliau berkata, bagi negeri di Pantai Timur yang terbabit dengan monsun, SPM dalam musim tengkujuh amat memenatkan dan mengundang tekanan bukan sahaja bagi guru, malah ibu bapa juga terkesan apabila peperiksaan terpaksa dilaksanakan ketika banjir.


“Apabila SPM 2020 kita laksanakan pada Februari lalu, maklum balas yang diterima jauh lebih baik kerana fokus mereka (calon) dapat ditumpukan sepenuhnya kepada peperiksaan.


“Mereka tak perlu fikir soal nak ambil bot (untuk ke sekolah sebab banjir) atau nak pindah ke pusat (peperiksaan) mana dan sebagainya. Justeru, kita sedang teliti permulaan sesi persekolahan pada Mac untuk diteruskan ke tahun-tahun berikutnya kerana ada banyak kelebihan,” katanya.


Selain itu, Radzi berkata, apabila SPM diadakan pada Februari atau Mac, tempoh menunggu untuk calon terbabit ke universiti juga akan lebih pendek berbanding sebelum ini.


“(Jika peperiksaan SPM Februari/Mac) Keputusan (SPM) akan keluar (umum) Mei atau Jun dan selepas itu terus masuk ke universiti. Maksudnya, tak perlu tunggu lama (untuk masuk universiti).


“Kalau dulu (peperiksaan SPM November/Disember), mereka (pelajar) terpaksa menunggu tujuh hingga lapan bulan sebelum masuk universiti dan ini sedikit menyulitkan,” katanya.


Baru-baru ini, KPM mengumumkan sesi persekolahan untuk 2021 dilanjutkan sehingga Februari tahun depan, manakala sesi persekolahan bagi 2022 akan bermula Mac. – Malaysiapost


Bantuan kewangan SMPC 'menghina' aspirasi, falsafah pendidikan negara

Bantuan kewangan SMPC 'menghina' aspirasi, falsafah pendidikan negara


Saya kecewa. Saya pasti ramai juga seperti saya sangat kecewa. Saya percaya ramai ahli-ahli UMNO, BERSATU dan PAS yang dulunya hebat menentang UEC juga rasa kecewa.


Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) adalah sekolah swasta. Sama seperti sekolah antarabangsa. Sebab statusnya adalah swasta, SMPC boleh menggunakan kurikulum negara lain. Itu dibenarkan.


Pada tahun 1960, SMPC telah ditawarkan untuk berada di dalam sistem pendidikan kebangsaan sebagai SMJC oleh kerajaan. Tetapi sebahagian SMPC telah menolak mentah -mentah jemputan kerajaan.


Sebahagian lagi SMPC menerima dan menjadi Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJC). SMJC yang bersetuju masuk ke dalam sistem pendidikan kebangsaan tentulah layak menerima peruntukan kerajaan setiap tahun.


Tetapi SMPC yang menolak dan tidak mahu berada di dalam sistem pendidikan kebangsaan dan memilih menjadi sekolah menengah swasta mengambil dapat peruntukan juga?


Jika begitu, sekolah antarabangsa swasta yang lain juga layak menerima peruntukan kerajaan. Mengapa tidak diberikan? Sekolah swasta antarabangsa juga terjejas teruk ketika pandemik.


Bila kerajaan baru-baru ini meluluskan RM15 juta (sebenarnya telah berlaku sejak dulu), tindakan kerajaan sebenarnya telah 'menghina' aspirasi dan falsafah sistem pendidikan kebangsaan.


Mengapa DONG ZONG yang menolak dan menentang keras cadangan supaya dimasukkan di dalam sistem pendidikan kebangsaan diberikan peruntukan sebegitu besar untuk menjalankan SMPC?


Apa keistimewaan SMPC? Bila SMPC menerima peruntukan kerajaan, ini tentulah tidak adil pada SMJC yang telah menerima sistem pendidikan kebangsaan sejak sekian lama.


Dr Anuar Ahmad, 

Pensyarah Pusat Kajian Pendidikan dan Kesejahteraan 

Universiti Kebangsaan Malaysia

Ibu bapa, murid, guru kena dapatkan surat pengesahan

Ibu bapa, murid, guru kena dapatkan surat pengesahan


KUALA LUMPUR: Pelajar, ibu bapa, guru serta tenaga pengajar yang ingin melakukan pergerakan merentas negeri susulan pembukaan semula sekolah dan institusi pendidikan supaya menyediakan surat pengesahan sebelum bergerak.


Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali, berkata surat pengesahan itu perlu diperoleh daripada Kementerian Pendidikan, sekolah atau institusi pendidikan.


"Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan pelajar, ibu bapa, guru dan tenaga pengajar yang ingin berulang alik ke sekolah atau pergerakan kembali ke sekolah serta asrama dan perlu merentas negeri agar menyediakan surat pengesahan itu.


"Surat pengesahan perlu dikemukakan kepada petugas sekatan jalan raya bagi melancarkan pergerakan masing-masing," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Menurut Hazani, Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah mengemas kini prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pergerakan harian ke sekolah dan institusi pendidikan serta kemasukan pelajar ke asrama yang membabitkan pergerakan rentas negeri.


"Bagi merentas negeri, murid dan pelajar sekolah harian dibenarkan merentasi negeri setiap hari untuk ke sekolah atau institusi pendidikan dengan surat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan, sekolah atau institusi pendidikan.


"Untuk pergerakan pergi dan balik ke sekolah atau institusi pendidikan oleh murid atau pelajar, mereka boleh ditemani oleh seorang penjaga," katanya.


Selain itu, katanya pergerakan guru atau tenaga pengajar ke sekolah atau institusi pendidikan yang perlu merentas negeri untuk tujuan pengajaran atau pembelajaran (PdP), dibenarkan dengan surat pengesahan daripada Kementerian Pendidikan, sekolah atau institusi pendidikan.


Bagi urusan kawalan murid atau pelajar kembali ke asrama pula, Hazani berkata SOP menetapkan pergerakan merentas adalah dibenarkan dengan menggunakan surat pengesahan sama daripada pihak berkenaan.


"Jumlah di dalam kenderaan bagi tujuan pergeraka ini adalah berdasarkan kepada kapasiti kenderaan," katanya.


Muat Turun Video Looping: Tema Kanak-Kanak, Warna-Warni, Haiwan

Muat Turun Video Looping: Tema Kanak-Kanak, Warna-Warni, Haiwan



Berikut kami kongsikan video looping untuk penghasilan persembahan video yang lebih menarik dalam PdPR anda.


Semua video ini percuma dah tiada hakcipta untuk diterbitan di Youtube. 


Tema video kali ini adalah fun, kanak-kanak, warna-warni dan haiwan. Terdapat 12 video berdefinasi tinggi 4K untuk dimuat turun. Panjang klip looping ini antara 30 saat hingga 1 minit. 


Video akan kami kemaskini dari masa ke semasa. 


Muat Turun Video Looping di SINI:


Muat turun single file melalui Google Drive

Bundle file: 138.18 MB


Friday, 1 October 2021

KPM muat naik Manual Pengoperasian PdP Secara Penggiliran

KPM muat naik Manual Pengoperasian PdP Secara Penggiliran



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat mengikut fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai 3 Oktober 2021. 


Semasa pembukaan sekolah ini, kehadiran murid adalah secara penggiliran mengikut minggu. Sebahagian murid akan hadir ke sekolah manakala sebahagian murid lagi belajar di rumah. 


Oleh itu, KPM mengeluarkan Manual Pengoperasian Pengajaran dan Pembelajaran Secara Penggiliran sebagai panduan kepada sekolah untuk melaksanakan PdP secara penggiliran. 


Manual ini berbeza daripada Manual Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah Versi 2.


Muat Turun: MANUAL PENGOPERASIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA PENGGILIRAN



7 Jenis Permohonan Pertukaran Guru Yang Tidak Dibenarkan KPM

7 Jenis Permohonan Pertukaran Guru Yang Tidak Dibenarkan KPM

Garis Panduan Permohonan Pertukaran Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (Guru) di Sekolah dan Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan telah menyenaraikan tujuh jenis permohononan pertukaran guru yang tidak dibenarkan.


  • Guru yang tidak dibenarkan memohon pertukaran adalah seperti berikut:
  • Guru yang sedang bercuti tanpa gaji bagi tempoh melebihi 365 hari;
  • Guru yang dalam cuti belajar/kursus dan dalam latihan;
  • Guru yang belum disahkan dalam perkhidmatan; 
  • Guru yang berkhidmat kurang tiga (3) tahun di negeri terakhir kecuali bagi Kategori 1, Kategori 2 dan Kategori 3; dan
  • Pengetua/Guru Besar/Pengetua Cemerlang/Guru Besar Cemerlang yang sedang dalam tempoh pemangkuan jawatan tersebut. 
  • Guru lantikan kontrak (Contract of Service) dan Guru Interim tidak dibenarkan memohon pertukaran


Muat turun: GARIS PANDUAN PERMOHONAN PERTUKARANPEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKANDI SEKOLAH DAN KOLEJ VOKASIONAL KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Anak didakwa mati selepas vaksin, ibu rayu henti sebar cerita bukan-bukan

Anak didakwa mati selepas vaksin, ibu rayu henti sebar cerita bukan-bukan

ULFAH bersama anaknya Muhammad Azim. 

Melaka: "Banyak cerita bukan-bukan yang muncul mengenai anak saya. Saya minta tolong hentikanlah sebar berita tidak benar itu kerana anak saya sihat, tiada apa-apa pun," kata Ulfah Amat Idris, ibu kepada pelajar yang pengsan selepas menerima vaksin dos pertama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Integrasi Encore, Klebang, di sini, semalam.


Menurutnya, apa yang lebih menyedihkan ada reka cerita anaknya, Muhammad Azim Hassan, 13, sudah meninggal dunia.


"Saya kecewa dengan penyebaran video berkenaan, ditambah pula membuat cerita yang salah serta bercanggah dengan apa yang berlaku.


"Ada yang mendakwa anak bongsu saya ini tidak bersarapan pagi sebelum menerima suntikan dan ada pula yang mendakwa anak saya hanya makan satu sudu saja pagi semalam, walhal sebelum pergi ke PPV, Muhammad Azim sudah bersarapan nasi lemak dua bungkus.


"Saya pun tak tahu siapa yang sebarkan cerita itu. Saya minta hentikanlah," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kampung Bukit Duyong, di sini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, hari ini.


Semalam, tular di media sosial satu video pendek berdurasi 36 saat yang memaparkan remaja berkenaan dipapah seorang lelaki dalam keadaan longlai selepas menerima suntikan vaksin.


Dia kemudian dibawa oleh anggota Rela bertugas masuk ke dalam PPV untuk menerima rawatan.


Mengulas lanjut, ibu kepada empat anak itu berkata, Muhammad Azim pengsan selepas menerima vaksin berkenaan kira-kira jam 11 pagi semalam adalah disebabkan terlalu takut.


Katanya, hasil pemeriksaan doktor juga mengesahkan keadaan kesihatannya baik, namun jantungnya berdegup agak laju.


"Tolonglah jangan sebarkan cerita yang bukan-bukan, malah saya juga tidak tahu siapa yang merakamkan video berkenaan sehingga menimbulkan pelbagai dakwaan mengenai vaksin.


"Tiga lagi anak saya berusia antara 17 hingga 21 tahun semua sihat selepas terima vaksin, cuma anak bongsu (Muhammad Azim) semalam sebelum vaksin dia cakap terlalu takut, tapi saya dan keluarga tetap memberinya semangat supaya tidak takut.


"Saya juga berterima kasih kepada semua pihak, termasuk pasukan keselamatan dan kesihatan yang membantu dalam kejadian semalam," katanya.


Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Hiasan Timur Tengah, Arab, Islamik

Muat Turun Background Resolusi Tinggi (HD) : Tema Hiasan Timur Tengah, Arab, Islamik


Berikut dikongsikan 19 rekaan latar belakang yang menarik bertemakan hiasan timur tengah, islamik, arab yang beresolusi tinggi untuk dimuat turun. 


Template yang asalnya berformat vector ini telah ditukarkan menjadi format JPEG dalam resolusi tinggi, sesuai untuk penghasilan banner, poster, infografik, bahan pengajaran dan pembelajaran dan lain-lain. 


Template ini diperoleh daripada sumber percuma di Internet. Template akan dikemaskini setiap masa untuk produk-produk terbaharu. Muat turun ke semuanya di sini.